Rabu, 16 September 2009

Mus’ab bin Umair - Duta Islam Pertama

Oleh : Prince of Jihad


Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.
Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah mengherankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyiksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu membujuk ibunya memeluk Islam kerana sayang pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai usaha tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun menanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahwa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Mendengar jawaban ibunya, Mus’ab berkata kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Mendengar jawaban Mus’ab yang begitu tegas dan berani, ibunya pun mengusir Mus’ab dari rumah, maka Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.

Sewaktu terjadi peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

"Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu."

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankankebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yangpertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.

Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.
sumber: Arrahmah.com



Selengkapnya...

Kamis, 03 September 2009

Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga

Oleh : Abu Ahmad

Sebenarnya pemilihan untuk mendapatkan istri yang baik tidaklah berarti terlepasnya tanggungjawab atasnya selepas perkawinan. Namun tanggungjawab yang lebih besar segera bermula setelah berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut adalah berikut:

1. Hendaknay seorang muslim harus berlaku baik terhadap istrinya dan keluarganya, dan memuliakan dalam
hubungan muamalah untuk membina jembatan saling mempercayai di antara kedunya, sebagaimana Rasulullah bersabda:

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap istrinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap istri”. ( Tirmizi dari ‘Aisyah)

Dan Rasulullah saw bersabda:

أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله

“Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaqnya dan berlemah-lembut terhadap istri mereka”. (Tirmizi)

2. Hubungannya dengan istri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat saja. Namun, hubungan antara keduanya itu harus merupakan hubungan yang dapat menjalin dan membanugn untuk saling memahami dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang.

Saling membaca, menunaikan sebahagian dari ibadah dan turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentu, untuk bergurau-senda dan bermanja.

Dalam urusan ibadah Allah SWT berfirman:

وَْأمُرْ َأهَْلكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْ َ طبِرْ عََليْهَا

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya…” (Toha:132)

Dan Allah Berfirman:

وَكَا َ ن يَأْمُرُ َأهَْلهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَا َ ن عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِا

“Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan shalat dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya”. (Maryam: 55)

Dalam hal bermesra dengan istri, Rasulullah saw pernah berlomba kejar dengan Aisyah r.a.

Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, beliau melakukan banyak pekerjaan rumah tangga, di antaranya beliau menjahit serta memperbaiki kasutnya sendiri.

3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungannya dengan istrinya harus tidak keluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal
yang haram, karena sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:

ما من أحد يطيع امرأة في ما ﺗﻬوي إلا كبه الله في النار

“Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka”.

Rasulullah juga bersabda:

لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله

“Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan istrinya”

Nabi juga bersabda:

تعس عبد الزوجة

“Celakalah orang yang menjadi hamba istrinya”.

4. Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.

Sebenarnya kejayaan dalam perkawinan dengan memilih istri yang salihah dan membentuk pasangan suami-istri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkawinan dan salah memilih calon istri adalah punca pada
keburukan dan keruntuhan atas bangunan rumah-tangga seluruhnya.

Apapun pertentangan, perselisihan, pertikaian dan lain sebagainya yang berlaku dalam kehidupan suami istri akan memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa

Bahwa dampak dari sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam kepada kanak-kanak ialah melaksanakan pernikahan menurut dan sesuai yang dianjurkan oleh Islam.

Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam adalah melahirkan keturunan dan generasi yang salih seperti Allah Berfirman:

وَالَّذِينَ يَقُوُلو َ ن رَبَّنَا هَبْ َلنَا مِنْ َأزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرََّة َأعْيُنٍ وَاجْعَْلنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari istri-istri dan keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Al-Furqan: 74)

Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup dalam suasana keluarga yang menyimpang dan menyeleweng, maka ia juga akan turut menyimpang dan menyeleweng. sebagaimana sabda Nabi saw:

كل مولود يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Muttafaqun ‘Alaih)

Oleh karena itu, Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta berusaha supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta suasana yang baik untuk menjamin terlaksananya tarbiah yang baik. Rasulullah
bersabda:

لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع

“Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak”. (Tirmizi).

Rasulullah juga bersabda:

ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن

“Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia”.

Sabda beliau lagi:

أكرموا أولادكم وأحسنوا أدﺑﻬم

“Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlaq yang mulia”. (Ibn Majah daripada Ibn ‘Abbas)

Rasulullah saw juga bersabda:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya”. (Muslim daripada Abu Hurairah)




Sumber: al-ikhwan.net Selengkapnya...